 Jurang Digital adalah satu keadaan di mana sebahagian komuniti tidak menerima capaian infrastruktur ICT yang disebabkan oleh beberapa kekangan serta jurang tindakbalas yang wujud disebabkan oleh kurangnya sumber serta pendedahan terhadap pembangunan dan perkembangan teknologi ICT. Ianya merangkumi faktor sosio- ekonomi (miskin / kaya), faktor kaum (minoriti / majoriti), faktor usia (belia, dewasa, warga emas) dan faktor geografi ( bandar / desa). Namun begitu ianya dapat dikelaskan kepada beberapa sebab asas seperti berikut: - Kebolehcapaian
- Kemampuan
- Literasi IT
- Kekurangan Kandungan Tempatan
Inisiatif bagi merapatkan jurang digital telah dilaksana oleh beberapa Kementerian, Kerajaan Negeri, agensi-agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan industri telekomunikasi melalui pelbagai program. Antara program merapatkan jurang digital yang dilaksanakan di Malaysia ialah - Projek USP dan Pusat Internet Desa oleh KTAK;
- Projek Medan Info Desa (MID) oleh KKLW;
- Kedai.com oleh SKMM;
- SchoolNet oleh Kementerian Pelajaran dan KTAK;
- e-Bario oleh UNIMAS;
- Warga Emas network oleh Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS);
- TaniNet oleh DAGS;
- Agribazaar oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;
- e-Pekak oleh DAGS;
- Pusat Komuniti IT oleh Kerajaan N.Selangor;
- Gerak IT Selangor (K-TRAK);
- e-Komuniti Negeri Sembilan;
- satu Pusat IT setiap ADUN oleh Kerajaan N.Johor; dan
- Lain-lain
Objektif Program Objektif program-program merapatkan jurang digital ini adalah untuk: - Merapatkan jurang digital antara yang kaya maklumat dan miskin maklumat
- Pembangunan infrastruktur yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar
- Meningkatkan kadar penetrasi komputer dan internet di luar bandar
- Meningkatkan peluang digital masyarakat luar bandar
|
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 30 Mei 2008 )
|